Wednesday, 20 April 2011

JANJI, senang je kan?

“Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang menepati janji dan menyempurnakannya adalah bukti orang yang beriman dan bertakwa.
Janji adalah wajib ditepati dan ia merupakan tuntutan syarak.Dihari akhirat kelak,setiap manusia akan ditanya tentang janji yang telah mereka lakukan semasa hidup didunia ini. Firman Allah dalam surah al-isra’ ayat 34:
“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim,melainkan dengan cara yang terbaik (untuk mengurus dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).Sempurnakanlah perjanjian (dengan allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan”.
Perbuatan memungkiri janji adalah suatu perkara yang tidak disukai oleh semua orang.Malah orang yang mungkir janji juga pasti tidak suka jika orang lain mungkir janji kepadanya.
Sesungguhnya islam amat mengambil berat dalam soal janji,samada janji antara seorang muslim dengan yang lainnya atau janji seorang hamba dengan allah s.w.t.Betapa beratnya perbuatan tidak menepati janji sehingga telah digambarkan oleh rasulullah s.a.w sebagai menyamai salah satu sifat orang-orang munafik.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara apabila seseorang itu memilikinya,maka dia dianggap munafik sekali pun dia berpuasa dan sembahyang dan menganggap dirinya muslim,iaitu apabila berkata-kata dia berdusta,apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diamanahkan dia mengkhianati”.
Berdasarkan hadis tersebut,dapatlah difahami bahawa sekiranya kita sebagai umat islam memungkiri janji,maka sudah tentulah kita juga tergolong dalam kalangan orang yang memiliki sifat-sifat orang munafik.Perlu diingat dan diketahui bahawa sifat munafik itu adalah sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat sebagaimana firman allah s.w.t:
Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah daripada (lapisan-lapisan didalam)neraka, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka (yang dapat membebaskan mereka dari neraka)”.
(An-Nisa’ ayat 145)
Memandangkan janji itu suatu amanah dan mungkir janji itu pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar,maka islam sebagai agama yang sempurna telah menentukan adab-adab yang perlu diikuti apabila membuat janji.Diantara adab tersebut ialah mengucapkan lafaz “Insya-Allah” apabila berjanji.Suruhan ini telah dijelaskan oleh allah s.w.t dengan firmannya didalam surah al-kahfi ayat 23-24:
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan),bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti”.Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata):”Insya-Allah”

No comments:

Post a Comment