Sunday, 1 January 2012

Bicara Cinta =P

     *Sila view dengar lagu untuk feel yang lebih mendalam*


 Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Rasa cinta - mencintai itu sangat indah. Betulkan?
Even the simplest thing about him/her makes the heart blossom.
Kita senyum sorang-sorang, sengih hodoh nau sorang - sorang w/o even realizing it.
Hebat sangat kuasa cinta sampai kat otak pun dah masuk kes involuntary actions.
ish3. Kerna cinta kita tertawa, kerna cinta juga lah kita berduka.

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Surah al Israa' [17:32]

Bila tanya kawan, dia kata ayat ni lah yang sebenarnya menyatakan couple itu haram.
( tak tahu sejauh mana kesahihan nya )
Tapi seperti kita tahu, zina itu ada banyakk.
zina mata, zina hati, zina betul-betul sah confirm zina.

Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..
Zina hati, zina mata inilah yang membawa kepada zina.
Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..
Nauzubillah. Ihfazna ya Rahman.

Tapi confirm-confrim lah darjat dosanya tak sama dengan zina betul - betulkan.
Maybe kita betul - betul yakin yang hubungan kita tak membawa kepada zina.
Tepuk diri tanya iman.

Hari ini kita yakin, tapi siapa yang janjikan syaitan tak mengganas hari esok?

Siapa yang menjanjikan iman kita sentiasa bertambah kalau kita mendekati zina?

"Hubungan kitorang ni sentiasa mengajak ke-arah kebaikan"

Adakah sebenarnya kita menjadikan Islam untuk mencapai niat peribadi? (IluvIslam.com , 2011 )

"Kami takde la pegang-pegang tangan ke or keluar dating berdua-duaan ke. Kalau spend time ngan dia pun, kami buat study group or keluar makan ngan kawan-kawan yang lain supaya tak berdua-duaan. But deep down dalam hati Lia, Lia mengaku yang itu suma excuses untuk bersama ngan dia. Deep down Lia tau ni suma bisikan syaitan yang cakap hubungan kami ni "halal". ( Aimanazlan, 2011)

Tapi siapa kita nak tipu? Orang sekeliling?
Diri sendiri? 
atau Allah ?


Ibn Qayyim menyatakan : Orang yang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak ditimpa pelbagai kerosakkan. Barang siapa yang terjatuh ke dalamnya, maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.

Cinta boleh dipupuk. Betulkan? 
Tapi cinta juga mudah pudar serinya. 
Bagaimana cinta kita boleh terus tetap dalam diri? Melalui hati kita. 
Namun siapa yang mengawal hati kita? Allah S.W.T.
BERMUJAHADAH LAH.
Kerana kuasa Allah lebih dari segala-galanya di bumi.

Doalah supaya diberi jodoh yang baik. 
And doa juga supaya Allah pelihara jodoh kita dari segala jenis kemungkaran dan jodoh kita itu setia kepada kita sebagaimana kita setia padanya =).


Psst: Dan aku harap suatu hari nanti Allah kurniakan suami yang bernama Cinta. Yang mampu memberi cinta duniawi & ukhrawi =D

Bile post pasal benda benda macam ni mesti ada yang tak puas hati. Haha. 
Aku tak kata aku perfect. Aku tak kata aku sangat cool *macam pakai shade dalam mall* menolak cinta manusia suatu hari nanti.
Andartu lah gamaknya. haha.
Manusia mudah lupa. Jadi aku paparkan dalam blog supaya at least ingat yang aku berazam untuk tidak mendekati zina ....
Hinggalah bertemu jodoh yang ditetapkannn. 
 Aminn.

kata Nabi:
Sesiapa yang Allah mahu berikan kebaikan padanya Allah akan berikan pemahaman dalam agama"

Wallahualam. =)


5 comments: